Asyik berduaan, tular video pemandu bas didakwa bercumbu ketika bekerja

15 Nov 2023 • 11:11 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan bahawa pemandu bas ekspres dipercayai wanita sempat berasmara dengan seorang lelaki dipercayai staf syarikat bas ekspres juga.

Buat apa dalam bas tu?

Video tersebut tular di aplikasi X apabila pengguna dikenali sebagai nanmanjoi8715 memuat naik semula video yang diperoleh daripada salah seorang penumpang pengangkutan awam berkenaan.

image is not available

Menerusi kapsyen yang disertakan dengan video, bas tersebut bergerak dari Terminal Larkin menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sekitar jam 3 petang.

Lebih membuatkan penumpang terbabit berang adalah kelewatan bas sehingga tiga jam tanpa memaklumkannya kepada penumpang yang telah membeli tiket.

Pemandu bas wanita & staf lelaki bercumbu?

Melalui video yang dikongsi, staf lelaki yang berada di samping pemandu wanita itu telah menghalakan wajah ke muka pemandu terbabit dipercayai bercumbu tanpa menghiraukan penumpang dibelakang.

Tak hanya itu, penumpang yang merakam video terbabit juga mengatakan yang staf lelaki berkenaan telah membantu menukarkan gear sewaktu pemandu sedang mengendalikan stereng bas.

image is not available

Situasi tersebut sememangnya sangat membahayakan bahkan dilihat tidak bermoral jika betul mereka berasmara sewaktu sedang mengendali kenderaan awam.

Pemandu bas ni tak risau kemalangan ke?

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan biadap kedua-dua individu terbabit kerana memberi imej yang buruk kepada pemandu bas lain.

Mereka juga mengesa agar mereka dikenakan tindakan jika terbukti melakukan perkara tidak baik ketika sedang bertugas.

image is not available

Memalukan imej pemandu yang lain

image is not available

Tak rasa berdosa ke buat macam tu depan penumpang

image is not available

Seramnya kalau naik bas gini

image is not available

 

Sumber: X nanmanjoi8715