Asyik Ganggu Pelanggan Kopitiam Di Siburan, Netizen Persoal Siapa Warga Emas Ini

24 Apr 2023 • 4:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki warga emas ini sering dilihat di beberapa kopitiam di Siburan

Asyik Ganggu Pelanggan Kopitiam Di Siburan, Netizen Persoal Siapa Warga Emas Ini. Baru-baru ini, seorang netizen telah menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan seorang individu tua tertentu yang sering dilihat berkeliaran di kopitiam di Siburan.

Rupa-rupanya, lelaki warga emas itu diketahui sering meminta makanan dan minuman daripada pelanggan dan mengganggu mereka juga.

image is not available
Asyik Ganggu Pelanggan Kopitiam Di Siburan, Netizen Persoal Siapa Warga Emas Ini

“Siapa lelaki tua ni? Asyik kacau orang je,” – netizen

Perkara tersebut dikongsi oleh wanita ini menerusi Facebook beserta dengan sekeping gambar menunjukkan warga emas tersebut.

Menurutnya, orang tua berkenaan suka meminta makanan dan minuman tetapi jika permintaan itu tidak diendahkan, dia akan meminta wang. Bagi wanita ini, selepas menafikan permintaan wang lelaki tua itu, lelaki itu terus duduk bersamanya – menyebabkan dia berasa amat tidak selesa.

image is not available
Kredit: Facebook

Asyik ganggu pelanggan

Rata-rata netizen mempersoalkan siapakah lelaki tua itu, kerana dia kelihatan dalam keadaan sihat dan tidak kelihatan seperti orang gelandangan.

Tinjauan pada ruangan komen juga mendapati bahawa lelaki itu telah lama menjalankan ‘modus operandinya’ dan netizen lain turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengendahkan warga emas tersebut.

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Eee takutnya! Semoga tindakan cepat2 diambil terhadap warga emas ni sebab dah sampai mengganggu ketenteraman orang awam dah ni.

Lagi di sini: