Asyraf Wajdi Sebak, Mangsa Tragedi UPSI Luah Adik Kembar Tolak Tawaran Universiti Demi Tanggung Kakak Belajar

LocalFamily & Parenting
10 Jun 2025 • 10:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak dapat menahan sebak apabila mendengar kisah menyentuh hati Nur Ain Najwa, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terselamat dalam nahas bas persiaran baru-baru ini.

Dalam luahannya, Nur Ain berkongsi pengorbanan besar dua adik kembarnya yang sanggup menolak tawaran ke universiti semata-mata demi mencari nafkah untuk menanggung biaya pengajian kakak ke UPSI.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau dimaklumkan bahawa kedua-duanya pernah memohon bantuan Mara, namun mungkin berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan permohonan tersebut ditolak.

Adik-adik terpaksa tolak tawaran ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kerana nak kerja dahulu. Katanya ‘kakak belajar kami tanggung kakak. Nanti kita bergilir-gilir’.

 

Mereka anak yatim, hilang tempat bergantung kerana ayah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Itupun arwah hanya bekerja sebagai pomen di kedai baiki kereta. Ibunya pula sakit, sebelum itu ambil upah cuci rumah tetangga.

 

Sebagai pengerusi Mara, saya akan rasa amat berdosa jika kes seperti ini tidak dibantu. Terus saya beri nombor telefon peribadi untuk dihubungi.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi turut menegaskan bahawa soal kewangan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk menuntut ilmu. Katanya, pendidikan adalah satu-satunya jalan untuk mengubah nasib dan masa depan seseorang.

image is not available

image is not available

image is not available

Sebelum ini, media melaporkan seramai 15 orang pelajar UPSI telah disahkan meninggal dunia manakala 27 yang lain cedera dan masih menerima rawatan di Hospital Gerik.

Terdahulu, nahas tersebut dipercayai berlaku apabila bas terbabit dipandu dengan laju dan melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, kemudiannya hilang kawalan sebelum terbalik merempuh pembahagi jalan.

image is not available 22 hours ago

"Tak Tahu Dia Rushing Nak Pergi Mana" - Saksi Dakwa Pemandu Bas Bawa Pelajar UPSI Bawa Laju & Potong 'Double Line'