Asyraf Wajdi sedih kes jenayah terbaru di SMK -“Apakah generasi muda sudah hilang rasa?”

LocalPolitics
14 Oct 2025 • 2:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa sedih dengan kes jenayah terbaru yang berlaku di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di Petaling Jaya hari ini.

Kes jenayah terbaru sangat meresahkan

Menerusi hantaran yang dikongsikan di media sosial, Asyraf menyatakan rasa resah dengan kejadian tersebut selepas baru beberapa hari negara digemparkan dengan kes rogol bergilir-gilir juga melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

“Amat sedih bercampur resah membaca berita terbaru mengenai pelajar perempuan Tingkatan 4 yang maut ditikam pelajar lelaki Tingkatan 2 di sebuah Sekolah Menengah di Petaling Jaya,” ujarnya.

image is not available

Kes jenayah terbaru cetus persoalan tentang generasi masa kini

Dalam hantaran tersebut, beliau turut meninggalkan persoalan adakah generasi masa kini semakin mati rasa sehingga terlalu berani melakukan pelbagai jenayah lebih-lebih lagi di dalam sekolah.

“Apakah generasi muda kini sudah mati rasa?” tulisnya lagi.

Adakah sekolah sudah tidak selamat?

Luahan yang dibuat oleh Asyraf Wajdi itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dan rata-rata merasakan hal sama dengan Pengerusi MARA tersebut.

Mereka merasakan pelbagai faktor telah mendorong para pelajar ini melakukan tindakan agresif sehigga mengakibatkan kerugian nyawa serta harga diri termasuk juga masa depan pelaku dan mangsa.

image is not available

Amat mendukacitakan

image is not available

Makin menakutkan perangai anak-anak remaja kini

image is not available

Terbaru, seorang pelajar lelaki tingkatan dua telah menikam seorang pelajar perempuan tingkatan empat sehingga maut di sebuah sekolah di Petaling Jaya.

Sebelum ini pula, kes rogol bergilir-gilir di sebuah sekolah di Alor Gajah telah mengejutkan banyak pihak susulan empat tertuduh dari tingkatan lima melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap pelajar tingkatan tiga termasuklah merakam dan menyebarkan video sewaktu kejadian tersebut dilakukan.

Sumber: Facebook Asyraf Wajdi