
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Setiap hari, ada sahaja kisah atau kes jenayah dipaparkan di media sosial yang menjadi perhatian pengguna.
Antaranya seperti semalam (13 Oktober), tular video seorang lelaki memegang pisau pemotong daging sambil dikejar oleh beberapa individu lain.
Menerusi video tular, kelihatan lelaki berkenaan seolah-olah cuba memberi amaran kepada beberapa individu terbabit yang dipercayai anggota polis dengan mengangkat pisau pemotong daging.
Kedengaran beberapa individu berkenaan meminta lelaki terbabit meletakkan pisau tersebut sebelum kedengaran bunyi tembakan.
Namun, setelah beberapa ketika, lelaki itu dilihat membuang pisau tersebut dan akhirnya ditahan oleh beberapa individu terbabit.
Lelaki mengamvk, polis terpaksa lepas tembakan amaran Oleh MOHD YUNUS YAKKUB 13 Oktober 2025, 6:47 pm KUALA SELANGOR – Tular sebuah video memaparkan aksi cemas apabila anggota polis terpaksa melepaskan tembãkan amaran bagi menahan seorang lelaki yang mengamvk sambil membawa pisãu pemotong daging di Taman Jasa, Ijok di sini semalam. Bagaimanapun dalam insiden itu tiada kecedêraan dilaporkan terhadap suspek berkenaan yang berjaya ditahan polis. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6 petang memaklumkan seorang lelaki mengamuk dan membawa pisãu pemotong daging. Katanya, lelaki berusia 25 tahun itu dikatakan ingin menyerang orang awam di taman berkenaan. “Polis yang segera ke lokasi kejadian mendapati lelaki itu sedang mengamvk sambil menjerit dan memegang pisãu berkenaan. “Polis kemudian berjaya menahan suspek dan tiada kecederaan berlaku dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau menambah, suspek kini direman selama enam hari mulai hari ini hingga 18 Oktober depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Siasatan setakat ini mendapati suspek itu tidak terlibat dalam kes samvn seperti ditularkan. “Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE #Kosmo —————————————- Telegram Group: https://t.me/joinchat/WWT5spuwBPt3RbpE Telegram Channel: https://t.me/joinchat/BVXQuGES0u1iNzZl Page: https://www.facebook.com/infobencanapahang
Posted by Nor Fazzlan on Monday 13 October 2025
Lelaki Pegang Pisau Mengamuk & Serang Orang Ramai Ditahan Polis, Polis Lepaskan Tembakan Sebagai Amaran
Memetik Harian Metro, lelaki warga tempatan yang mengamuk dan cuba menyerang orang awam dengan pisau pemotong daging dalam kejadian di Taman Jasa Ijok, Bestari Jaya, Kuala Selangor itu telahpun ditahan polis.
Malah, anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan sebagai tanda amaran terhadap suspek.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan kira-kira jam 6 petang.
Terang Azaharudin, pihak polis terus bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati suspek mengamuk sambil menjerit dan memegang senjata tajam.
“Kami bertindak menahan lelaki terbabit dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian,” katanya.
Polis Masih Siasat Motif Kejadian
Memetik Berita Harian, polis masih menyiasat motif lelaki berusia 25 tahun dan bekerja sebagai pekerja am mengamuk dan cuba menyerang orang awam itu.
“Punca suspek mengamuk sama ada dia ada masalah kesihatan masih disiasat. Siasatan setakat ini mendapati dia tidak terbabit dalam kes samun,” katanya.
Jelas Azaharudin, senjata tajam yang dibawa oleh suspek berasal dari rumah yang didudukinya.
Malah, anggota polis mengambil masa kira-kira 20 hingga 25 minit bagi memberkas suspek.
Suspek Ditahan Reman Selama 6 Hari
Tambah Azaharudin lagi, kes kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan suspek ditahan reman selama enam hari bermula semalam (13 Oktober) sehingga Sabtu (17 Oktober) bagi membantu siasatan.
Malah, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Mengamuk Pegang Pisau Di Kajang Warga Asing, Kini Ditahan Reman – Polis
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mengamuk, Acu Pisau Pada Anggota Polis Di Pandan Indah Berjaya Ditahan [Video]
Source:

![Kakak Nekad Roboh Rumah Adik Gara-gara Berebut Tanah Pusaka [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/home-and-living.jpeg)

![Tutup Enjin Tanpa Off Aircond Boleh Jahanamkan Kereta? Mekanik Ini Beri Penjelasan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)