“At least dia dah sampai sana” – Azhar Sulaiman Muat Naik Gambar Leona Pergi Palestin

Entertainment
30 Oct 2023 • 11:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang juga personaliti media sosial sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik foto mengenakan kostum bunny sempena meraikan perayaan Halloween.

Bukan itu sahaja, Leona juga turut memuat naik sebuah video yang pada awalnya memperlihatkan dia mengenakan baju berlengan panjang yang dipadankan bersama seluar pendek.

Dia kemudiannya menukar pakaian dengan mengenakan gaun berwarna merah jambu dan korset putih serta dipadankan dengan telinga arnab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

Susulan foto yang dimuat naik di laman Instagramnya, segelintir netizen berasa kurang senang dengan penampilan Leona yang dilihat begitu seksi.

Malah, ada juga yang menyifatkan anak kepada pelakon filem Impian itu sebagai tidak menghormati senstiviti yang sedang berlaku di Palestin.

Dalam perkembangan terbaharu, Azhar dilihat memuat naik foto Leona berlatarbelakangkan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis di laman Instagramnya.

“At least dia dah sampai sana dan melihat sendiri pembulian abdi Israel,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Menjengah ke ruangan komen, netizen menasihati pelakon itu supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi lagi.

image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, Azhar dikritik selepas mengeluarkan kenyataan mengenai ketua Hamas yang didakwa tidak mempunyai kebijaksanaan seperti panglima perang Islam dahulu.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.