Atikah Suhaime Nasihat, Tak Perlu Ambil Produk Kurus - “Kalau Tak Ada Duit Pergi Gym, Naik Bukit Pun Jadi”

3 May 2025 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Datin Atikah Suhaime kini dalam proses menurunkan berat badan selepas bersalin anak pertama, Lyla Mulan Teh.
 

Turunkan berat badan secara neutral


Menurut Atikah, jalan terbaik untuk mengurangkan berat adalah dengan cara neutral tanpa penggambilan produk perlansingan badan.

“Kalau tak ada duit pergi gym, naik bukit pun jadi, sedang buat ini setiap hari (berjalan atas treadmill), nampaklah makin kurus.


“Tolong jangan ambil produk-produk kurus. Tak berkesan. Artis ramai kurus sebab senaman dan makan clean,” pesannya menerusi video pendek di Instagram.


 

Tak ambil produk kurus

 


Malah jelas Atikah lagi, dia juga tidak lagi menerima tawaran mana-mana jenama produk kurus kerana risau mempunyai kesan sampingan buruk.



“For ethical reason, sebab itu saya tak ambil job review produk kurus. 

“Penurunan berat badan ini merupakan satu perjalan. Bukan tiba-tiba kurus, ini adalah gaya hidup. Kurangkan gula, bersenam.


“Pastikan cukup berjalan setiap hari, jangan makan jajan, biskut, roti, jangan minum manis,” kongsinya.


Sekadar info, pada 8 Mac lalu, Atikah mengumumkan selamat melahirkan anak perempuan sulung hasil perkahwinannya dengan usahawan, Datuk Lokman Teh.



Pasangan tersebut bernikah pada 21 Januari tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.