Dah Buat Macam-Macam Tapi Berat Badan Tak Turun Juga? Ini 7 Punca Kenapa Diet Anda Gagal

Health & Fitness
30 Apr 2025 • 2:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Mendapat berat badan yang ideal sememangnya menjadi impian setiap orang.

Ia bukan sekadar untuk nampak cantik atau kacak namun ia sebagai langkah penting dalam memastikan kesihatan diri terpelihara.

Tapi pernah tak korang terfikir atau tertanya-tanya kenapa berat badan susah nak turun walaupun dah buat pelbagai cara.

Workout hari-hari, elak makan manis siap makan salad tetapi bila timbang berat badan, jarum langsung tidak menunjukkan berat yang diimpikan.

Jom kami kongsikan tujuh punca kenapa berat badan sukar hendak turun.

#1 Amalkan Diet Terlalu Ekstrem

Tahukah anda, mengamalkan diet terlalu ekstrem boleh menyukarkan berat badan untuk turun?

Ada segelintir yang mengharamkan terus makanan favourite seperti coklat dan nasi lemak.

Jangan tidak tahu, diet yang terlalu ketat boleh mencetuskan keinginan melampau terhadap makanan yang akhirnya akan membuat seseorang itu cenderung untuk makan berlebihan.

Jadi, amalkan diet yang seimbang dan fleksibel! Boleh sahaja makan makanan favourite korang tapi dengan kadar yang sederhana.

image is not available
Foto: Freepik

#2 Lakukan Senaman Terlalu Keterlaluan

Selain daripada mengawal pemakanan, bersenam juga merupakan antara cara untuk mengurangkan berat badan.

Namun, terlalu kerap bersenam sebenarnya boleh menjadi punca mengapa berat badan sukar untuk turun.

Apabila badan terlalu penat, keadaan itu boleh menyebabkan seseorang rasa lapar dan cenderung untuk makan lebih banyak.

Pakar mencadangkan seseorang itu bersenam secara konsisten dan tidak keterlaluan.

Masa yang sesuai adalah 150 minit bagi senaman intensiti sederhana manakala 75 minit senaman intensiti yang tinggi serta dua hari latihan kekuatan dalam seminggu.

image is not available
Foto: Freepik

#3 Sering Langkau Waktu Makan

Ada yang berpendapat ‘skip’ waktu makan adalah cara terbaik untuk cepat turunkan berat badan.

Tabiat sebegitu sebenarnya mengganggu corak pemakanan dan boleh menyebabkan individu makan terlalu banyak khususnya pada waktu malam.

Bagi sesetengah orang, mungkin ada yang merasakan kaedah seperti intermittent fasting sesuai namun kebanyakan individu disarankan untuk mengambil tiga hidangan seimbang setiap hari.

image is not available
Foto: Freepik

#4 Terlalu Ikut Trend Diet

Kadang kala, ada segelintir orang yang sering mengikut langkah menurunkan berat badan terkini.

Antara yang sering menjadi perhatian adalah diet detox seperti air lemon atau keto ekstrem yang menjanjikan penurunan berat badan dengan cepat.

Namun sebenarnya, kesannya hanya bersifat sementara dan sukar untuk individu mengekalkannya dalam jangka masa yang panjang.

Lebih menakutkan ia boleh menyebabkan tekanan mental dan kekurangan nutrisi. Jadi, amalkan diet mengikut pelan pemakanan yang seimbang dan lengkap dengan nutrisi.

image is not available
Foto: Freepik

#5 Duduk Terlalu Banyak

Pasti ramai yang banyak menghabiskan masa di pejabat dan sering duduk statik di satu tempat.

Terlalu banyak duduk juga boleh menjadi antara punca berat badan sukar untuk turun.

Korang disarankan bangun dari tempat duduk setiap 30 hingga 60 minit untuk berjalan atau melakukan regangan.

image is not available
Foto: Freepik

#6 Kurang Makan Protein & Serat

Kurang mengambil makanan yang tinggi protein dan serat juga boleh menjadi antara punca mengapa diet seseorang itu gagal.

Makanan tinggi protein seperti ikan, ayam dan telur membantu seseorang kenyang lebih lama kerana ia boleh melambatkan proses pencernaan.

Samalah juga seperti makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan yang membantu untuk rasa kenyang disamping menjaga kesihatan sistem penghadaman.

Jadi, ambillah makanan yang tinggi protein dan serat untuk mengelakkan dari cepat rasa lapar dan makan berlebihan.

image is not available
Foto: Freepik

#7 Malu Mendapatkan Bantuan

Walaupun dah lakukan pelbagai cara untuk turunkan berat badan tetap tidak membuahkan hasil.

Mungkin sudah tiba masa untuk korang mendapatkan nasihat dari pakar.

Pakar pemakanan atau doktor boleh membantu anda merancang aktiviti atau diet sesuai mengikut keadaan diri khususnya buat mereka yang mempunyai masalah hormon atau sindrom ovari polikistik (PCOS).

image is not available
Foto: Freepik

Jadi, sudah terjawab persoalan mengapa kadang kala diet yang dibuat langsung tak membuahkan hasil.

Rancang semula diet anda dan ikuti langkah sepatutnya.

Source: