Atikah Suhaime puji Intan Najuwa, minta netizen henti banding-bandingkan

Entertainment
28 Aug 2025 • 11:16 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon wanita, Datin Atikah Suhaime puji rakan satu industri, Datin Intan Najuwa dengan menyatakan bahawa selebriti tersebut sangat baik hati.

Atikah Suhaime puji Intan Najuwa, masing2 ada cara sendiri

Menerusi balasan komen yang dibuat di salah satu hantaran di TikTok, Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah binti Mohd Suhaime, 34 dia meminta untuk netizen berhenti membanding-bandingkan mereka berdua kerana masing-masing mempunyai cara berbeza untuk membuat kebaikan.

image is not available

Atikah Suhaime puji Intan Najuwa, tak lokek keluar duit belanja orang

Dalam pada itu, dia juga menyatakan bahawa Intan Najuwa sangat pemurah apabila kerap mengeluarkan duit sendiri membelanja mereka yang berada di lokasi pengambaran.

Jelas Atikah, bezanya sebelum ini dia tidak berasa kaya seperti selepas berkahwin, berbeza dengan Intan yang dilihat lebih mampu daripadanya.

“Intan selalu belanja kalau dekat set shooting kalau shooting dengan dia. Bezanya, Intan memang dah kaya sebelum berjumpa dengan suami dia.

“Tika pula baru tiba-tiba merasa kaya sejak kahwin dengan suami,” tulisnya.

image is not available

Netizen tak perlu bandingkan

Jadi, dia meminta orang ramai tidak membanding-bandingkan mereka kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam membahagiakan diri masing-masing.

“Cara kita agak berbeza dari segi bahagiakan diri sendiri. Tak perlu bandingkan,” ujarnya.

image is not available

Komen ditinggalkan pelakon asal Singapura itu dibuat susulan terdapat komen yang menyatakan perwatakan Atikah mungkin berubah apabila bergelar Datin.

@atikahsuhaimeeee

Replying to @ianhariess_official hanya sprang budak SG Tampines, tiber jadi Datin kat Malaysia. fyp malaysiatiktok singaporetiktok

♬ Linger (Acoustic Version) - The Cranberries

Namun, dia membuktikan tanggapan tersebut berbeza apabila tetap menjadi diri sendiri dan tidak melupakan insan-insan memerlukan disekelilingnya.

Sumber: TikTok atikahsuhaimeeee