Kes Zara Qairina: Intan Najuwa tuntut keadilan – “Yang salah perlu dihukum”

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 9:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon cantik, Datin Intan Najuwa tampil bersuara menuntut keadilan buat kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir yang meruntun hati orang ramai di atas pemergiannya.

Yang salah mesti dihukum

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, memohon agar keadilan dapat ditegakkan tanpa melibatkan rasuah dan menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada pesalah atas tindakan yang dilakukan.

image is not available

“Keadilan buat Zara, adik kecil ini berhak pada keadilan yang tulus, bersih tanpa noda rasuah dan pilih kasih.

“Jangan sesekali biarkan wang jadi alasan untuk melepaskan yang bersalah. Yang salah tetap salah dan mesti dihukum, bukan sekadar untuk membalas tetapi sebagai peringatan agar tiada lagi anak kecil yang jadi mangsa,” kata Intan di Threads, hari ini.

image is not available

Dalam pada itu, Intan berdoa agar kebenaran dapat dirungkai dan kematian Allahyarhamah Zara Qairina terus terbela.

“Doa kami buatmu Zara. Insya-Allah kebenaran akan menyinari jalanmu dan keadilan akan ditegakkan,” jelasnya.

Untuk rekod, Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada pagi 16 Julai.

Sumber: Threads Intan Najuwa