Penampilan Seksi Intan Najuwa Jadi Bualan Netizen – “Kalau Tak Singkat, Ketat Macam Bungkus Badan”

EntertainmentLifestyle
27 Aug 2025 • 12:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon popular, Intan Najuwa sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila gaya pemakaiannya menjadi bualan hangat di media sosial.

Menerusi satu entri di platform Threads, seorang pengguna meluahkan pandangan mengenai fesyen Intan yang disifatkan semakin berani dan seksi.

image is not available

“Siapa rasa Intan Najuwa makin cekci? Tak buka atas, buka bawah. Kalau tak buka, ketat macam bungkus badan. Aku yang perempuan tengok pun gulp, kalau lelaki tengok? Nak impress siapa tak tahu,” tulisnya.

Kenyataan itu pantas mengundang pelbagai reaksi netizen lain. Ada yang bersetuju dengan pandangan tersebut, malah ada juga yang mempertahankan Intan dengan mengatakan setiap individu berhak menentukan gaya pemakaian masing-masing.

image is not available

Bukan kali pertama penampilan Intan mencetuskan perdebatan, sebelum ini juga beberapa busana yang digayakan aktres berusia 27 tahun itu pernah mengundang perhatian ramai.

image is not available 2025-08-18 16:42:25

Intan Najuwa Hargai Kasih Sayang Suami - "Tak Perlu Buat Kerja Rumah"