Atlet Hoki Kebangsaan Teruja ‘Unboxing’ Kit Sukan SEA Thailand 2025 -“Ni Baru Betul Cantik”

9 Dec 2025 • 3:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyerang hoki wanita negara, Nuraslinda Said menjadi perhatian ramai apabila berkongsi kit sukan yang diterima para atlet yang mewakili Malaysia dalam Sukan SEA Thailand 2025.

Unboxing kit Sukan SEA Thailand

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Nuraslinda menunjukkan kesemua kelengkapan yang diterimanya sebelum temasya itu berlangsung.

“Hari ini kita akan ‘unboxing’ barang-barang Sukan Sea 2025. Pertama kita dapat kasut Skechers warna hitam, dapat bag, topi, t-shirt berkolar dan seluar.
“Saya juga dapat bag galas dan untuk latihan dapat dua helai baju training daripada Mizuno, seluar pendek, skirt, stokin, dan juga kasut,” kongsi Nuraslinda.

image is not available

Atlet berkenaan juga sempat mencuba beberapa kelengkapan sukan tersebut dengan perasaan yang begitu teruja untuk beraksi di pentas sukan yang hanya berlangsung dua tahun sekali itu.

Menjengah ke ruangan komen, warganet terkejut melihat segala kelengkapan yang diterima oleh  atlet terbabit dan ada juga yang memuji kecantikan jersey skuad kebangsaan negara yang bakal berentap tidak lama lagi.

Malah mereka turut mendoakan atlet itu dapat mempamerkan aksi yang baik sekaligus membawa pulang pingat buat Malaysia.

Semoga berjaya

image is not available

Jaket tu smart gila

image is not available

Ni baru betul cantik

image is not available

Artikel lain: Sukan SEA: Angkasawan Negara Pimpin Skuad Taekwondo, Sasaran Dua Emas!

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 430,000 tontonan dan menerima lebih 29,000 tanda suka.

Sumber: TikTok wanitabermisai

The post Atlet Hoki Kebangsaan Teruja ‘Unboxing’ Kit Sukan SEA Thailand 2025 -“Ni Baru Betul Cantik” appeared first on Borak Daily.