PM Anwar ucap selamat berjuang buat kontinjen Sukan SEA -“Beraksilah dengan fokus!”

9 Dec 2025 • 12:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2025 yang bermula secara rasmi di Thailand, hari ini.

image is not available

Yakin kontinjen Sukan SEA mampu beraksi dengan fokus

Menerusi hantaran beliau di media sosial, Anwar berharap kontinjen Malaysia dapat beraksi dengan fokus dan penuh keyakinan.

Doa rakyat Malaysia iringi kontinjen negara

Jelasnya, doa rakyat Malaysia sememangnya sentiasa mengiringi mereka dalam membawa nama negara untuk bersaing dalam sukan dwitahunan tersebut.

“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian,” katanya dalam hantaran di media sosial pagi ini.

image is not available

Sukan SEA 2025 berlangsung dari hari ini hingga 20 Disember, manakala Sukan Para ASEAN (APG) 2025 dijadual bermula dari 20 hingga 26 Januari depan.

image is not available

Artikel lain: Hannah Yeoh tegas lindung atlet muda sukan tempur, walau mampu jana ekonomi

Malaysia menghantar 1,142 atlet disertai 515 pegawai bagi Sukan SEA 2025, manakala APG 2025 melibatkan 236 atlet dan 117 pegawai. Negara menetapkan sasaran 200 pingat tanpa mengira warna, dengan beberapa acara sukan telah bermula sejak minggu ini.

Sumber: Instagram anwaribrahim_my