Atlet menang pingat Olimpik Paris terima ganjaran penajaan dalam tempoh dua bulan

20 Sep 2025 • 11:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Program Road To Gold (RTG) mengesahkan semua atlet negara yang memenangi pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 dan memenuhi syarat penajaan menerima ganjaran masing-masing dalam tempoh dua bulan.

Dalam satu kenyataan hari ini, RTG memaklumkan pihaknya menerima beberapa tawaran penajaan khusus bagi menghargai atlet negara yang meraih pingat di Paris, selain memastikan semua tawaran direkodkan bagi melindungi hak atlet terbabit.

Penyelaras Program RTG Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan semua kepentingan komersial atlet dilindungi sepanjang temasya Olimpik berkenaan.

“Kami memastikan setiap tawaran penajaan yang diterima diuruskan dengan teratur, tanpa mengira keputusan di Olimpik.

“Dengan begitu banyak kepentingan membabitkan atlet, adalah penting kami menjamin mereka tidak terlepas peluang sebaik sahaja memenuhi syarat penajaan, selain memastikan semua pihak jelas dengan hak serta tanggungjawab masing-masing demi melindungi kepentingan bersama,” katanya.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved