Atlet renang Brazil dihantar pulang, keluar bersama teman lelaki

31 Jul 2024 • 12:30 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Perenang dari negara Brazil, Ana Carolina Vieira telah dihantar pulang dari Paris selepas keluar tanpa kebenaran dari perkampungan Olimpik untuk keluar bersama teman lelakinya.

Vieira, merupakan salah seorang anggota pasukan renang Brazil bagi acara 4x100m gaya bebas wanita. Pasukan tersebut, yang turut disertai oleh Stephanie Balduccini, Giovana Reis, dan Maria Paula Heitmann, gagal melayakkan diri ke peringkat akhir, yang dimenangi oleh Australia.

Teman lelaki Vieira, Gabriel Santos, juga mewakili Brazil dalam acara 4x100m gaya bebas lelaki. Pasukan lelaki turut gagal mara ke peringkat akhir, menamatkan saingan di tempat ke-10 dalam saringan di Paris.

Ada dakwaan mengatakan reaksi Vieira terhadap tindakan disiplin yang diputuskan oleh jawatankuasa pasukan renang Brazil adalah sangat ketara dan disifatkan seperti tidak menghormati jawatankuasa berkenaan sehingga BOC memutuskan untuk menghantarnya pulang, manakala Santos dikenakan tindakan disiplin secara berasingan.

“Kongres Persekutuan Sukan Akuatik Brazil (CBDA) dan COB memutuskan untuk menghukum kedua-dua atlet kerana telah meninggalkan perkampungan Olimpik tanpa kebenaran pada hari Jumaat lalu.

“Selain daripada fakta ini, atlet Ana Carolina, dengan cara yang tidak hormat dan agresif, membantah keputusan teknikal yang diambil oleh jawatankuasa Pasukan Renang Brazil.

“Oleh itu, atlet Gabriel Santos telah diberikan amaran dan atlet Ana Carolina Vieira telah dihukum dengan penyingkiran dari delegasi. Dia akan pulang ke Brazil dengan segera,” jelas kenyataan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved