Atlet wushu wanita sumbang emas pertama Selangor di SUKMA

15 Sep 2022 • 2:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 SEPT: Atlet wushu wanita, Mandy Cabelle Chen menyumbang pingat emas pertama untuk Selangor pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 hari ini.

Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor memaklumkan atlet itu memenangi acara wushu taijiquan pada temasya yang berlangsung di Kompleks Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Bernama melaporkan gerakan memukau atlet itu di Gimnasium 2, MSN dalam acara wanita taijiquan berjaya menambat hati juri untuk memperoleh catatan mata tertinggi 9.60.

Tempat kedua dimenangi Kwan Yong Xin dari Kuala Lumpur yang memperoleh 9.556 mata manakala Yong Arifah Khairul Kok dari Sarawak memenangi gangga dengan kutipan 9.530 mata.