Atrium REIT cadang ambil alih tanah RM41 juta di Shah Alam
diyana
02/11/2023 - 18:37
KUALA LUMPUR 2 Nov - Atrium Real Estate Investment Trust (Atrium REIT) bercadang untuk mengambil alih tanah pegangan pajak berkeluasan 24,295 meter persegi di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor daripada Amazing Blitz Sdn Bhd berharga RM41 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Atrium REIT berkata tanah terletak di Seksyen 16 itu betul-betul di sebelah hartanahnya yang sedia ada, Atrium Shah Alam 4, yang disewakan kepada sebuah syarikat logistik multinasional.

Atrium REIT berkata memandangkan tanah itu terletak secara strategik dalam kawasan perindustrian utama dan matang, syarikat itu percaya cadangan pengambilalihan itu akan melengkapkan dan meningkatkan portfolio hartanah Atrium REIT.
Saham Atrium REIT ditutup tidak berubah pada RM1.40 hari ini, memberikannya permodalan pasaran sebanyak RM371.8 juta. - DagangNews.com


