
JAKARTA – Seorang warga emas di Muna Barat, wilayah Sulawesi Tenggara terselamat daripada menjadi ‘makanan’ seekor buaya selepas dia menusuk mata reptilia itu, lapor portal berita Lambe Turah.
Ketua Polis Kepulauan Tiworo, Inspektor Baharuddin berkata, mangsa bernama La Ane, 74, digigit seekor buaya sekitar pukul 12 tengah hari (waktu tempatan) ketika mandi di Sungai Tiworo, baru-baru ini.
“Selepas menggigit kaki kiri La Ane, buaya itu menarik mangsa pada kedalaman 10 meter.
“Mangsa berusaha menyelamatkan diri dengan menusuk mata buaya, menyebabkan reptilia itu melepaskan gigitannya. Dia kemudian berenang ke tepi sungai sambil berpaut pada akar dan meminta tolong,” kata Baharuddin.
Jeritan yang kuat didengari oleh menantu La Ane. Dia dikejarkan ke Hospital Buton Tengah untuk rawatan lanjut.
Kejadian tersebut menjadi peringatan buat penduduk tempatan untuk berhati-hati ketika melakukan aktiviti di sekitar sungai. – AGENSI
The post Atuk 74 tahun cucuk mata buaya appeared first on Kosmo Digital.





