Burung unta berkeliaran di tengah jalan, serang penunggang motosikal

23 Jul 2026 • 6:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Burung unta berkeliaran di tengah jalan, serang penunggang motosikal

JAKARTA – Pengguna jalan raya di Bandung, wilayah Jawa Barat terkejut apabila menemui seekor burung unta berkeliaran di jalan yang sibuk, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di kejiranan Margasari, daerah Buahbatu, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @detikcom menunjukkan haiwan itu berdiri di tengah jalan sehingga mencetuskan kesesakan lalu lintas. 

Selain berlari tanpa arah tujuan, burung unta itu cuba menyerang penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut. 

Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Jawa Barat (BBKSDA) mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kemunculan burung unta itu dan segera bertindak balas. 

BBKSDA sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti asal usul haiwan berkenaan. – AGENSI

The post Burung unta berkeliaran di tengah jalan, serang penunggang motosikal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved