‘Audio tersekat, kami nak ulang ujian mendengar’

23 Nov 2026 • 9:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Audio tersekat, kami nak ulang ujian mendengar’

PETALING JAYA – Beberapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ibu bapa meluahkan rasa kecewa apabila ujian mendengar yang diadakan hari ini didakwa mengalami gangguan.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Ariesaqsara berkata, sekolahnya turut mengalami masalah sama dan mahu Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek campur tangan isu berkenaan.

“@fadhlinasidek_ YB boleh tak sekolah kami nak ulang balik mendengar, audio kami tersekat-sekat tapi takde tindakan pun dari ketua pengawas,” tulis individu itu.

Masalah sama turut dikongsi oleh seorang lagi pengguna dikenali sebagai Cikpuanana_23.

“Tadi diorang semua murid dah komplen angkat tangan sebab sound (bunyi audio) bermasalah saat akhir, tapi pengawas buat tak tahu.

“Tapi tadi rasanya cikgu-cikgu Bahasa Melayu dah ambil maklum benda ni, kesian anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa hantaran balas pengguna lain juga mahu perkara itu disiasat dan diambil tindakan segera supaya kejadian sama tidak berulang.

“Alahai kesiannya, harap ada pihak yang amik maklum dan tindakan susulan,” kata Rynaobet.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Syf_syz.

“Maklum segera pada cikgu yang menguruskan SPM sekolah anda,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Audio tersekat, kami nak ulang ujian mendengar’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved