Audit sumbangan untuk Najib- Tony Pua

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 4:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Audit sumbangan untuk Najib- Tony Pua

PETALING JAYA: Pihak berkuasa digesa mengaudit sumbangan yang dikutip bagi membantu membayar denda RM50 juta untuk membolehkan Datuk Seri Najib Razak menghabiskan baki hukuman penjaranya di rumah.

Bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua berkata, audit tersebut perlu dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) demi memastikan dana yang dikumpulkan itu diperoleh secara sah dan bukan hasil pengubahan wang haram.

Beliau dalam masa yang sama turut mempersoalkan keputusan Umno untuk melunaskan denda itu dengan berkata lebih baik wang berkenaan digunakan untuk membantu rakyat biasa.

“Dengan memilih untuk membolehkan Najib menjalani tahanan rumah, ‘warna sebenar Umno terserlah dengan begitu jelas,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini

Najib dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Pada Januari 2024, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mengurangkan separuh tempoh hukuman penjara Najib dan jumlah dendanya kepada RM50 juta sebagai sebahagian daripada pengampunan diraja.

Pada September tahun ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberikan satu lagi pengampunan bersyarat kepada Najib, yang membolehkannya menjalani baki tempoh hukumannya di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.-UTUSAN

The post Audit sumbangan untuk Najib- Tony Pua appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved