Tony Pua Gesa Dana RM50 Juta Guna Untuk Bayar Denda Najib Diaudit BNM & SPRM

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 6:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Tony Pua Gesa Dana RM50 Juta Guna Untuk Bayar Denda Najib Diaudit BNM & SPRM

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (6 Oktober), media melaporkan berita bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya menyelesaikan bayaran denda RM50 juta sekaligus membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Perkara itu disahkan oleh peguam, Farhan Muhammad Shafee yang mendedahkan bayaran tersebut telah selesai dibuat di Kaunter Pembayaran Hasil dan Deposit, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 1 tengah hari tadi.

Malah, UMNO dalam satu kenyataan mendedahkan bayaran itu diselesaikan oleh mereka susulan jumlah kutipan dana Tabung Solidariti Najib Razak telah mencapai sasaran.

Baca Artikel Berkaitan: Najib Telah Selesaikan Bayaran Denda RM50 Juta Untuk Jalani Perintah Tahanan Di Rumah – Peguam

Tony Pua Gesa Dana RM50 Juta Diaudit BNM & SPRM, Mahu Pastikan Ia Sah Serta Bukan Wang Haram

Terbaharu, bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua menggesa agar dana RM50 juta yang digunakan UMNO untuk melangsaikan bayaran denda Najib diaudit oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jelasnya, audit tersebut adalah penting bagi memastikan wang yang digunakan adalah sah dan bukan wang haram.

“Lebih penting lagi saya menyeru BNM dan SPRM supaya mengaudit jejak wang yang masuk ke dalam akaun derma UMNO untuk Najib, bagi memastikan segala dana yang diraih adalah sah dan bukannya hasil pengubahan wang haram.

“UMNO mendakwa berjaya mengumpul RM50 juta untuk membawa pulang penjenayah terbesar Malaysia, Najib Razak bagi menjalani tahanan di rumah,” katanya.

Tony Pua Berpendapat Dana Seharusnya Diguna Untuk Bantu Rakyat

Tambah Tony, dana tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat biasa namun jelasnya, parti itu memilih untuk ‘membebaskan’ Najib.

Pada masa sama, dia turut menyeru kepada rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang budaya dan agama untuk melihat warna sebenar UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Anwar Tak Setuju UMNO Bayar RM50 Juta Kepada Najib

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UMNO yang membayar denda RM50 juta bagi pihak Najib.

Tegasnya, kesalahan rasuah serta penyalahgunaan kuasa tidak boleh dipandang ringan atas dasar persahabatan.

Jelas Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), hubungan baik serta semangat persahabatan dengan Najib tidak seharusnya menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat bahawa kesalahan rasuah serta penyalahgunaan kuasa khususnya melibatkan berbilion ringgit boleh dibiarkan.

Namun beliau berpendapat, tindakan UMNO membuat bayaran tersebut merupakan hak parti dan kerajaan menghormati proses undang-undang serta keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dari segi perlembagaan.

“Pandangan peribadi, saya tidak setuju kerana sementara kita ada semangat persahabatan dengan Datuk Seri Najib, tapi itu tidak harus memberi gambaran kepada rakyat bahawa kegiatan rasuah yang mencecah bilion ringgit itu boleh dibiarkan begitu rupa.

“Apa yang kita nak didik kepada anak-anak kita? Satu prinsip akhlak yang tegas menolak penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Masih Ambil Berat & Tampil Membantu” – Rosmah Zahir Rasa Syukur, Banyak Pihak Sumbang Untuk Tabung Solidariti Najib

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Soal Mengenang Budi & Membalas Jasa” – Usahawan Tau Fu Fah Sumbang RM10,000 Ke Tabung Solidariti Najib

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved