Augusto Fernandez Sambung Kontrak Sebagai Test Rider Yamaha Hingga 2027

12 Sep 2025 • 1:33 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Augusto Fernandez sah kekal bersama Yamaha sehingga musim 2027 sebagai Official MotoGP Test Rider. Pengumuman ini dibuat oleh Yamaha Motor Co., Ltd. di Misano, Italy pada 11 September 2025.

Fernandez yang merupakan Juara Dunia Moto2 2022 mempunyai pengalaman luas dalam kejuaraan dunia dengan enam tahun beraksi di Moto2 (2017-2022) dan dua tahun di MotoGP (2023-2024). Beliau mula menyertai Yamaha Factory Racing Test Team pada tahun 2025 dan terus menjadi aset penting dalam program pembangunan jentera MotoGP Yamaha.

Selain bergandingan dengan Rider Performance Advisor Andrea Dovizioso, Fernandez turut bekerjasama rapat dengan jurutera Yamaha serta dua pasukan MotoGP mereka. Sepanjang musim, Fernandez akan meneruskan peranan menguji jentera, menyertai sesi ujian rasmi IRTA, ujian peribadi Yamaha serta tampil dalam acara wild-card.

Fernandez juga akan bersedia sebagai pelumba gantian sekiranya mana-mana pelumba tetap Yamaha terpaksa menarik diri akibat kecederaan atau masalah kesihatan. Kesinambungan kontrak ini membuktikan keyakinan Yamaha terhadap kepakaran Fernandez dalam memberikan input teknikal untuk meningkatkan daya saing jentera mereka di MotoGP.