“Aunty belanja!” – Netizen Puji Siti Nurhaliza Belanja Peminat Cilik Makan Di Restoran Mahal

LocalFood
30 Jan 2026 • 9:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, kan?

Nampaknya sekumpulan murid-murid ini benar-benar ‘langkah kanan’ apabila mereka yang pada asalnya hanya ingin bergambar dan mengambil autograf penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tiba-tiba dibelanja makan di sebuah restoran.

Menerusi video yang dimuat naik Siti Nurhaliza Legacy di Threads, dipaparkan sekumpulan peminat cilik memerhati Biduanita Negara itu makan di sebuah restoran di Bangsar.

Kanak-kanak ini kemudian meminta autograf penyanyi tersebut dan bergambar bersama-sama di perkarangan restoran.

 

Artikel berkaitan: “Akak ke Tokti yang perform?” – Netizen Teruja Lihat ‘Outfit’ Sitizoners Sempena Konsert Siti Nurhaliza Sabtu Ini

“Aunty belanja, pergilah makan” 

Selesai bergambar, Siti kemudian bertanya sama ada kanak-kanak tersebut sudah makan atau tidak.

Salah seorang daripada mereka kemudian menjawab belum kerana mereka hanyalah pelajar dan tidak cukup duit untuk makan di restoran berkenaan.

Kita orang student mana ada duit.”

“Aunty belanja pergi makan,” kata Siti.

Kelihatan juga seorang pelajar yang teruja menelefon ibu bapanya memaklumkan dia bertemu dengan penyanyi terkenal itu.

image is not available

Rata-rata netizen yang melihat video itu memuji sikap Siti yang tidak lokek membelanja pelajar-pelajar tersebut makan di sebuah restoran yang mahal.

Ramai juga terkejut melihat mereka dari golongan Generasi Alpha sudah mengenali penyanyi lagu Menamakanmu Cinta itu.

image is not available

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.