Australia Dalam Perancangan Perketatkan Kawalan Algoritma Media Sosial

WorldTechnology
1 Sep 2026 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Australia kini bergerak ke arah kawalan lebih ketat terhadap algoritma media sosial dan kandungan berbahaya. Melaluinya, kerajaan sedang meneliti langkah untuk membolehkan pengguna memilih sama ada mahu masuk atau keluar (opt-in/opt-out) daripada algoritma cadangan media sosial.

Image from: Australia Dalam Perancangan Perketatkan Kawalan Algoritma Media Sosial

Menteri Perkhidmatan Sosial, Tanya Plibersek, berkata algoritma ketika ini berpotensi memaparkan kandungan yang bersifat kasar dan tidak membina kepada golongan muda lelaki, sekali gus menormalisasikan tingkah laku yang kurang sihat dalam pergaulan sosial. Kajian berkaitan turut menunjukkan sebahagian besar remaja pernah terdedah kepada pengaruh sedemikian.

Image from: Australia Dalam Perancangan Perketatkan Kawalan Algoritma Media Sosial

Australia juga meneliti langkah United Kingdom (UK) yang melarang kandungan dewasa yang menggambarkan perbuatan berbahaya, susulan kes kematian seorang gadis 16 tahun di Sydney. Antara langkah keselamatan lain yang telah diperkenalkan termasuk larangan penggunaan media sosial bagi remaja bawah 16 tahun sejak Disember 2025. Selain itu, pengesahan umur turut dikuatkuasakan untuk akses ke laman dewasa walaupun timbul kebimbangan sistem tersebut masih boleh dielak.

Kerajaan turut akan berunding mengenai rang undang-undang Digital Duty of Care yang mewajibkan syarikat teknologi memastikan produk mereka selamat sebelum dilancarkan. Kebimbangan juga dibangkitkan mengenai penggunaan cermin mata pintar dengan kamera tersembunyi yang dikhuatiri boleh digunakan untuk rakaman rahsia dan tujuan pemerasan ugut.

Sumber – The Guardian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved