[VIDEO] ‘Kalau lori tu brek mengejut, boleh terus ke alam lain’

LocalCars
10 Aug 2026 • 10:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Kalau lori tu brek mengejut, boleh terus ke alam lain’

PETALING JAYA – Tindakan berbahaya seorang penunggang motosikal yang dipercayai memegang tali di belakang sebuah lori kontena untuk ditarik bersama selepas motosikalnya kehabisan minyak mengundang kecaman orang ramai.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, lelaki berkenaan dilihat menunggang motosikal terlalu hampir di belakang lori kontena yang sedang bergerak di lebuh raya.

Lebih membimbangkan, penunggang itu dipercayai memegang tali pada bahagian belakang lori berkenaan bagi membolehkan motosikalnya ditarik bersama kenderaan berat tersebut.

Pemilik akaun Threads yang memuat naik rakaman itu mendakwa motosikal lelaki berkenaan kehabisan minyak sebelum dia mengambil tindakan sedemikian.

“Apa masalah dia ni eh, hisap piu piu ke? Motor minyak habis dia pergi ‘towing’ (tunda) dengan lori,” tulisnya.

Rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan tindakan lelaki itu yang disifatkan amat berbahaya kerana dia berada terlalu hampir dengan lori yang sedang bergerak.

“Kalau treler tu brek kecemasan kan jadi kes naya. Kenapa dia tak terfikir bahaya yang menunggu?” komen Rosmy.

“Silap step (langkah) sikit, hilang nyawa ni. Siapa sebenarnya abang ni?” tulis Had.

“Lori brek, terus ke alam lain ni. Kering sangat abang ni,” komen Dzul.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian serta keadaan penunggang selepas rakaman itu belum dapat dipastikan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Kalau lori tu brek mengejut, boleh terus ke alam lain’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved