

Pengedar kenderaan BMW di Malaysia, Auto Bavaria, mengumumkan kolaborasi strategik bersama Affin Group untuk membangunkan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini. Langkah ini seiring dengan matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kedua-dua pihak, dengan fokus terhadap usaha untuk memajukan penyelesaian mobiliti yang lebih mampan.
Melalui kerjasama institusi kewangan di Malaysia, Affin Group, Auto Bavaria berusaha memperluaskan ketersediaan dan kebolehcapaian fasiliti pengecasan EV, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini.
Kemudahan Pengecasan di TRX
Sebagai langkah awal dalam kerjasama ini, tujuh unit pengecas AC dan satu unit pengecas pantas DC telah dipasang di stesen pengecas EV di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX) dengan rancangan untuk memperluaskan lagi kemudahan pengecasan di seluruh negara.


Usaha ini turut merangkumi pelbagai pilihan pembiayaan untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah dan mampu milik bagi orang ramai.
Peralihan Ke Arah Ekonomi Rendah Karbon
Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan, menyatakan bahawa EV adalah pemacu utama kepada mobiliti masa depan.
“Kami percaya kerjasama ini memperkukuhkan komitmen Auto Bavaria dalam pembangunan infrastruktur EV dan menyokong peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa usaha ini memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat pilihan mobiliti lebih bertanggungjawab, sekali gus mengurangkan jejak karbon.
Komitmen ESG oleh Affin Group

“Dengan kepakaran kami dalam pembiayaan automotif, kami komited untuk memudahkan akses kepada EV. Ini adalah langkah penting ke arah kelestarian dan pengalaman pelanggan yang lebih lancar,” jelasnya.

