‘Auto’ cantik pakai rantai manik

1 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Auto’ cantik pakai rantai manik

GUA MUSANG – Biji manik yang tumbuh meliar bukan sekadar bahan perhiasan, sebaliknya menjadi warisan turun-temurun masyarakat Orang Asli yang masih diamalkan sehingga kini.

Suri rumah masyarakat Orang Asli dari Kampung Kuala Wok, Faridah Anjang, 43, berkata, penggunaan biji manik untuk menghasilkan gelang dan rantai sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat berkenaan sejak zaman nenek moyang.

Katanya, biji manik yang matang dan keras berwarna kelabu kehitaman sesuai digunakan sebagai bahan membuat perhiasan kerana tidak mudah hancur.

“Biji yang tua boleh terus digunakan dan tidak perlu dijemur. Kita gunakan untuk buat gelang dan rantai. Bahan ini boleh juga dijadikan hiasan pintu atau tingkap rumah.

“Sejak zaman nenek moyang lagi kita guna bahan ini dan kita sering pakai di leher dan tangan kerana cantik,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Faridah berkata, pokok ­manik mudah tumbuh secara semula­ jadi di kawasan tanah lembap dan sukar tumbuh di kawasan bertanah keras dan kering.

Bagaimanapun katanya, ketika ini tumbuhan itu tidak banyak tumbuh di sekitar kediamannya apabila hanya terdapat tiga pokok yang masih hidup.

“Kemahiran menghasilkan perhiasan daripada biji manik dipelajari sendiri dalam kalangan masyarakat Orang Asli termasuk golongan remaja dengan ibu atau nenek.

“Saya hanya pandai buat ­gelang dan rantai untuk dipakai sendiri. Kebanyakan remaja Orang Asli juga pandai membuatnya dan belajar membuat gelang sendiri menggunakan tali,” katanya.

The post ‘Auto’ cantik pakai rantai manik appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved