Auto Guangzhou 2025: Chery iCar V27 Didedah, Jarak Gerak 1,000KM

Cars
21 Nov 2025 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Chery iCar V27 REEV yang mampu bergerak sejauh 1,000 kilometer (km) didedahkan pada pameran Auto Guangzhou 2025 yang sedang berlangsung di Guangzhou, China, baru-baru ini.

Model ini yang akan dijual sekitar 200,000 yuan dan 300,000 yuan (RM116,657 hingga RM174,986) dijangka memasuki pasaran China  selewat-lewatnya  suku pertama tahun depan.

image is not available

Menjengah luarannya,  iCar V27 menampilkan rekaan gril yang kecil selain diapit dengan lampu hadapan berbentuk segi empat dengan lampu signatur berbentuk bulat. Ia juga hadir dengan sentuhan lasak di mana bahagian bamparnya dipadankan dengan plat berwarna perak.

image is not available

Dari segi saiz, V27 berukuran 4,909 mm panjang dengan jarak roda 2,910 mm, 1,967 mm lebar dan 1,855 mm tinggi.

Sementara itu, melihat kabinnya pula,  iCar V27 mengekalkan rekaan dalaman “berorientasikan keluarga”. Ia hadir dengan skrin sesentuh tengah jenis terapung, pad pengecasan tanpa wayar pada perehat tangan tengah, ada tombol pemilih mod pemanduan, serta beberapa butang fizikal.

image is not available

Apa yang menarik, skrin sesentuh tersebut berfungsi sebagai satu-satunya skrin yang menggabungkan instrumen pemandu. Model ini yang menawarkan tiga tempat duduk dilengkapi dengan saluran pengghawa dingin yang khusus untuk penumpang belakang.

Mengenai trenkuasa,  iCar V27 digabungkan dengan enjin petrol turbo 1.5 liter yang menghasilkan kuasa setakat  105 kW (140 PS) dengan motor elektrik. Sumber melaporkan pilihan pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD) tersedia, dengan varian AWD menawarkan kuasa puncak 335 kW (449 PS).

Chery mendakwa iCar V27 mampu menawarkan jarak gerak elektrik sehingga 200 km dan jika menggunakan petrol serta elektrik, jentera ini boleh bergerak lebih  1,000 km.

image is not available

Beberapa laporan tempatan di China melaporkan  varian lebih premium akan hadir dengan penderia LiDAR serta cip Horizon Robotics kelas atasan, sekali gus membolehkan keupayaan pemanduan sendiri.

Ada kemungkinan, model ini juga akan dibawa masuk ke Malaysia. Apa pula pandangan anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini.