Avatar PMX AI dalam proses tambah baik – Anwar

LocalTechnology
28 Jul 2026 • 2:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Avatar PMX AI dalam proses tambah baik – Anwar

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan avatar berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) di platform WhatsApp milik beliau kini dalam proses penambahbaikan untuk beroperasi semula.

Menurutnya, aplikasi berkenaan yang dilancarkan 18 Julai lalu masih berada dalam peringkat percubaan.

“Kita sedang berusaha ke arah itu (beroperasi semula)… ia dalam percubaan,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan ‘AI Malaysia’, di sini hari ini.

Beliau memaklumkan perkara itu berhubung perkembangan platform avatar miliknya yang ketika ini tidak boleh diakses.

Sebelum ini, aplikasi itu dihentikan sementara perkhidmatannya, selepas dua hari dilancarkan.

Media sebelum ini melaporkan, aplikasi PMX AI dilancarkan bagi mengajak rakyat menyertai inisiatif komunikasi baharu dengan berkongsi pandangan, kebimbangan dan aspirasi secara terus kepada Perdana Menteri melalui avatar berasaskan teknologi AI di platform WhatsApp.

Melalui platform itu, rakyat boleh menyalurkan pandangan selain pendekatan baharu untuk meneruskan hubungan antara Perdana Menteri dengan rakyat.

PMX AI dibangunkan syarikat teknologi Zetrix AI di bawah platform Avatar.inc dan salah satu inisiatif yang diterajui PKR.

Sistem AI itu dilatih secara khusus menggunakan pelbagai dokumen tulisan, teks ucapan, dan rekod dasar kerajaan yang diperkenalkan sepanjang tempoh pentadbiran Anwar.-UTUSAN

The post Avatar PMX AI dalam proses tambah baik – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved