“Awak bawa Myvi ke?” – Lelaki Kena ‘Reject’ Makan Malam Sebab Tak Bawa Mercedes?

Entertainment
23 Jan 2024 • 1:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, wanita atau lelaki mempunyai ciri-ciri yang spesifik dalam memilih pasangan dan ianya ada sesuatu yang subjektif.

Namun, itu bukanlah tiket untuk kita menghina individu lain hanya kerana ciri-cirinya tidak seperti yang kita mahukan.

Seperti yang tular baru-baru ini, sebuah video memaparkan keterujaan seorang lelaki yang ingin keluar dating buat pertama kalinya dengan seorang wanita yang ditemuinya secara online bertukar tragedi kerana dia tidak membawa kereta mewah.

Dalam video perkongsian @affeqarfan__ itu, difahamkan mereka ingin keluar makan malam pertama kali namun lelaki itu dimarah hanya kerana memandu kereta Perodua Myvi dan tidak membawa Mercedes.

Menerusi video itu, wanita tersebut seakan tahu lelaki itu ada kereta Mercedes dan lelaki itu juga menjelaskan kepada wanita itu bahawa tayar kereta mewahnya itu sedang dibaiki.

“Lah pasal kereta je?”

Perkara itu sudah pastinya menimbulkan kemarahan netizen, malah ada yang mengatakan wanita tersebut bertindak keterlaluan.

image is not available

Ada yang mengatakan video berkenaan hanya sekadar content namun ianya masih boleh dijadikan pengajaran untuk semua.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.