“Awak Ganti Shin Yeeun Je..” – Jadi Ahli Baru, Kang Hoon Terasa Dengan Ahli ‘Running Man’?

Music
27 May 2024 • 9:56 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pelakon Kang Hoon terpalit dengan khabar angin bahawa dia adalah pengganti Shin Ye-eun dalam “Running Man”.

Dalam episod terbaru “Running Man”, Kang Hoon telah menyertai mereka sebagai ahli sewaan baru sebagai mengisi kekosongan ditinggalkan Jeon So-min sebelum ini.

Dedah Kang Hoon, dia bernaung di bawah agensi yang sama dengan Shin Ye-eun di mana wanita itu turut merupakan calon kuat untuk menjadi ahli baru “Running Man”. Usik Yoo Jae-suk,

Adakah kamu datang sebagai pengganti Ye-eun?

Haha menambah usikan,

Kenapa kamu bercakap tentang itu. Kita sedang merahsiakannya.

image is not available

Apabila Kang Hoon meluahkan rasa tersinggung, Yoo Jae-suk dah ahli lain memujuknya dengan merangkul bahunya, mencetuskan ketawa.

Nampak memang Kang Hoon dilahirkan untuk jadi ahli “Running Man” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.