“Awak guna eyemo ke?” – Bella Astillah Pula ‘Show Off’ Bakat Nangis Depan Kamera

Entertainment
5 Jul 2024 • 2:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, Bella Astillah baru sahaja bercerai dengan Aliff Aziz selepas berkahwin selama lebih kurang 8 tahun.

Di media sosial, tular sebuah video temu ramah di mana Ruhainies yang didakwa berkhalwat dengan bekas suami Bella di mana dia berkata dia tidak pandai untuk berlakon menangis di hadapan para media.

Video itu menarik perhatian ramai sehinggalah Bella sendiri memuat naik video di laman Instagram miliknya yang memaparkan dia melakonkan adegan menangis dalam satu penggambaran.

Lebih menghiburkan, Bella turut tag nama pelakon Puteri Sarah dalam hantaran tersebut dan reaksi Puteri Sarah sangat menghiburkan.

“Awak guna eyemo ke air mata original?” tulisnya di ruangan komen.

Hantaran itu turut menarik perhatian netizen lain, malah ada juga yang membandingkan Bella dengan Ruhainies susulan kenyataan yang diberinya itu.

image is not available

Tidak kurang ramai juga yang mendoakan agar Bella dapat menempuhi dugaan ini dan sentiasa kuat demi dua orang anaknya, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.