‘Tepek’ babak menangis dalam drama, Bella Astillah jawab soalan Puteri Sarah

Entertainment
4 Jul 2024 • 6:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Bella Astillah jawab soalan Puteri Sarah selepas pelakon itu bertanyakan sama ada dia mampu ataupun tidak menangis di hadapan kamera di ruangan komen Instagram baru-baru ini.

Tepek sekali babak menangis

Menerusi hantaran terbaru Bella, dia telah berkongsi potongan video babak sewaktu menangis dalam sebuah drama dengan menyeru sahabat baiknya itu.

image is not available

Bella Astillah jawab soalan Puteri Sarah, tapi betul ke tak guna eyemo?

Perkongsian tersebut telah segera dibalas oleh Puteri Sarah apabila bertanya lagi sama ada dia menangis betul atau sekadar menggunakan ubat titis mata bagi mendapatkan kesan sempurna sewaktu menjayakan babak terbabit.

“Awak guna eyemo ke air mata original? tanya Puteri Sarah lagi.

image is not available

Bella Astillah jawab soalan Puteri Sarah, ramai puji pandai berlakon

Perkongsian tersebut sudah tentu menjadi perhatian memandangkan ramai yang ‘faham’ apa yang sedang mereka guraukan lebih-lebih lagi ia sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Mereka juga menyatakan yang Bella Astillah memang layak menangis kerana suaminya yang disondol dan rumah tangganya yang hancur disebabkan insan-insan yang pernah rapat dengannya.

image is not available

Sila ambil Bella berlakon, dia pandai nangis

image is not available

Yang penting air mata original

 

image is not available

Memang la ‘sana’ tak menangis, bukan suami dia kena sondol

image is not available

Terdahulu, pelakon wanita yang ditangkap khalwat dengan bekas suami Bella Astillah menyatakan yang dia tidak pandai menangis di hadapan kamera sewaktu bertemu media di perkarangan mahkamah bagi sebutan kes khalwat mereka.

Sumber: Instagram bellaastillah