“Awak kena faham”, AG tegur wanita bujang pertikai rakan sekerja kerap cuti sebab anak

LocalFamily & Parenting
11 Aug 2026 • 8:25 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

“Awak kena faham”, AG tegur wanita bujang pertikai rakan sekerja kerap cuti sebab anak

KUALA LUMPUR – Perkongsian seorang wanita bujang yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rakan sekerjanya yang kerap mengambil cuti atas alasan menjaga anak mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Luahan tersebut dibuat menerusi satu panggilan dalam segmen Bekpes Hot di Hot FM yang dikendalikan Johan, KJ, AG dan Fara Fauzana hari ini.

Menurut wanita terbabit, dia berasa marah apabila rakan sekerjanya sering mengambil cuti kecemasan (EL) kerana anak, menyebabkan tugasan di tempat kerja terpaksa diambil alih oleh rakan lain.

View this post on Instagram

A post shared by Hot FM (@hotfm976)

“Saya marah sebab kenapa perempuan selalu nak ambil cuti sikit-sikit anak, sikit-sikit anak.
“Agak-agaklah, fikirlah juga tak semua yang single (bujang) ni ada masa kosongkan,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan itu segera disanggah penyampai radio, AG, yang meminta wanita berkenaan supaya memahami keadaan ibu bapa bekerja yang berdepan situasi tidak dijangka melibatkan anak.

Menurut AG, keadaan kesihatan anak sukar dijangka dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan anak terjaga.

“Awak kena faham, keadaan anak ini kita tak boleh nak jangka. Awak bayangkan kalau awak dah kahwin. Keadaan akak tu, dia punya ekonomi keluarga kena fikir juga, dalam masa yang sama, dia jaga anak, komitmen lagi,” katanya.

Namun, wanita terbabit tetap mempertahankan pandangannya dan mendakwa rakan sekerjanya sudah mengambil cuti sebanyak empat kali sejak minggu lalu.

“Benda ini bukan sekali dua tahu, rasanya seminggu ini macam dah empat kali kot (ambil cuti) dari minggu lepas,” dakwanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan berdepan situasi sama selepas berkahwin kelak, wanita itu secara sinis berkata dia mampu menguruskan masa sendiri.

Kenyataan berkenaan kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya golongan ibu yang bekerja.

Ramai menyifatkan pandangan wanita itu sebagai kurang empati terhadap cabaran yang dihadapi ibu bapa bekerja, terutama apabila anak mengalami masalah kesihatan dan memerlukan perhatian.

Ada juga pengguna media sosial yang mendoakan agar wanita terbabit suatu hari nanti memahami sendiri situasi yang dilalui rakan sekerjanya.

Pada masa sama, tindakan AG mempertahankan golongan ibu bekerja turut mendapat pujian daripada sesetengah warganet yang menganggap penjelasannya lebih rasional dan berempati.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna yang berpandangan isu tersebut mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati wanita berkenaan terhadap beban tugasan yang terpaksa dipikul apabila rakan sekerjanya mengambil cuti berulang kali.

Justeru, ada yang berpendapat situasi berkenaan perlu dilihat daripada kedua-dua perspektif, termasuk keadaan sebenar rakan sekerja yang kerap mengambil cuti serta beban kerja yang terpaksa ditanggung oleh anggota pasukan lain.

The post “Awak kena faham”, AG tegur wanita bujang pertikai rakan sekerja kerap cuti sebab anak appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved