Ramai Geram Wanita Bujang Luah Rasa Tak Puas Hati Gara-Gara Rakan Sekerja Asyik Cuti Uruskan Hal Anak [Video]

Family & ParentingLifestyle
11 Aug 2026 • 6:52 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat mereka yang bergelar ibu bapa, melihat anak berada berada dalam keadaan tidak sihat sememangnya amat merisaukan.

Malah, ada yang terpaksa mengambil cuti kecemasan (EL) dan meninggalkan tugasan di tempat kerja sehingga ia terpaksa diambil alih oleh orang lain.

Keadaan ini mungkin menyebabkan timbul rasa tidak puas hati segelintir rakan sekerja lebih-lebih lagi apabila anak dijadikan alasan.

Wanita Bujang Berang Rakan Sekerja Asyik Cuti, Jadikan Anak Sebagai Alasan

Hari ini (11 Ogos), tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap rakan sekerja yang sering mengambil cuti atas alasan anak.

Perkara itu diluahkan oleh wanita berkenaan menerusi panggilan dalam segmen Bekpes Hot, Hot FM yang dikendalikan oleh Johan, KJ, AG dan Fara Fauzana.

“Saya marah sebab kenapa perempuan selalu nak ambil cuti sikit-sikit anak, sikit-sikit anak.

“Agak-agaklah, fikirla juga tak semua yang single (bujang) ni ada masa kosongkan,” katanya.

Namun, kenyataan wanita berstatus bujang itu disangkal oleh AG yang memintanya untuk memahami situasi dihadapi oleh rakan sekerjanya itu.

“Awak kena faham, keadaan anak ini kita tak boleh nak jangka. Awak bayangkan kalau awak dah kahwin. Keadaan akak tu, dia punya ekonomi keluarga kena fikir juga, dalam masa yang sama, dia jaga anak, komitmen lagi,” katanya.

Wanita Dakwa Rakan Sekerja Asyik Cuti Sebab Anak, Dah Ambil Cuti 4 Hari Sejak Seminggu lepas

Namun, kenyataan itu dibidas oleh wanita berkenaan yang berpendapat dia boleh menguruskan masanya sendiri apabila sudah berkahwin nanti.

Dakwa wanita itu lagi, rakan sekerjanya itu telah mengambil cuti selama empat hari sejak dari minggu lalu.

“Benda ini bukan sekali dua tahu, rasanya seminggu ini macam dah empat kali kot (ambil cuti) dari minggu lepas,” katanya.

Malah, ketika ditanya oleh AG jika dia berhadapan dengan situasi sama di masa hadapan, wanita berkenaan dengan nada sinis menyatakan yang dia boleh menguruskan masanya.

View this post on Instagram

A post shared by Hot FM (@hotfm976)

Ramai Geng Ibu Bekerja Terkesan Dengan Kenyataan Wanita

Kenyataan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial khususnya dari golongan ibu bekerja.

Majoriti daripada mereka berang dengan kenyataan wanita terbabit yang disifatkan tiada empati dan tidak memahami situasi yang dihadapi oleh rakan sekerjanya itu.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut mendoakan agar pemanggil berkenaan berhadapan dengan situasi sama seperti rakan sekerjanya.

Pada masa sama, ada juga warganet yang memuji tindakan AG yang mempertahankan golongan ibu bekerja.

Namun, ada yang berpendapat mungkin wanita terbabit sememangnya sudah tidak tahan dengan sikap rakan sekerjanya dan mendengar kenyataan kedua-dua belah pihak.

Ini antara komen menarik warganet:

“Memang Menunggu Hot FM Post Benda Ni, Menyirap Dengar Dekat Radio Lepas Tu Threads. Aku Ni Masa Bujang Aktif, Kuat, Susah Nak MC, Sekali Pregnant Macam Mayat Hidup, Ambil MC Baru 2 Kali Tapi Sebab Circle Aku Toksik Macam Akak Ni, Aku Resign”

Image from: Ramai Geram Wanita Bujang Luah Rasa Tak Puas Hati Gara-Gara Rakan Sekerja Asyik Cuti Uruskan Hal Anak [Video]

“Cara Cakap Pun Dah Tahu Tiada Empati, Ujian Setiap Manusia Lain-Lain Jadi Jangan Bongkak”

Image from: Ramai Geram Wanita Bujang Luah Rasa Tak Puas Hati Gara-Gara Rakan Sekerja Asyik Cuti Uruskan Hal Anak [Video]

“Aku Baran Dengar Hot FM Pagi Ini, Seorang Perempuan Cakap ‘Kenapa Wanita Berkahwin & Bekerja Asyik Cuti Bagi Alasan Anak Sakit'”

Image from: Ramai Geram Wanita Bujang Luah Rasa Tak Puas Hati Gara-Gara Rakan Sekerja Asyik Cuti Uruskan Hal Anak [Video]

“Dengar Hot FM Pagi Ni Nak Mengucap Panjang Ye Dengan Statement Gadis Belum Berkahwin Tentang Rakan Sekerja Yang Ambil Cuti Sebab Anak Sakit”

Image from: Ramai Geram Wanita Bujang Luah Rasa Tak Puas Hati Gara-Gara Rakan Sekerja Asyik Cuti Uruskan Hal Anak [Video]

“Kudos To AG Hot FM”

Image from: Ramai Geram Wanita Bujang Luah Rasa Tak Puas Hati Gara-Gara Rakan Sekerja Asyik Cuti Uruskan Hal Anak [Video]

“Aku OTW Pergi Kerja Pun Terkejut Dengar Tapi Macam Inilah, Semuanya Bergantung Kepada Apa Yang Korang Fikir Sebab Yang Laluinya Dia”

Image from: Ramai Geram Wanita Bujang Luah Rasa Tak Puas Hati Gara-Gara Rakan Sekerja Asyik Cuti Uruskan Hal Anak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Hantaran Individu Minta Majikan Elak Ambil Golongan Ibu Bekerja Jadi Topik Perbualan

Baca Artikel Berkaitan: Terpisah Selama 6 Tahun Kerana Ibu Bekerja, Pertemuan Tiga Beranak Buat Ramai Sebak [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved