“Awak Tak Pernah Merungut & Bertekak Dengan Saya…” - Dr Fie

3 Nov 2026 • 11:20 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Awak Tak Pernah Merungut & Bertekak Dengan Saya…” - Dr Fie

Baru sahaja mendirikan perkahwinan, personaliti media sosial,Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menitipkan ucapan serta merakamkan penghargaan buat suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar.Dr Afifah atau lebih mesra disapa sebagai Dr Fie menghargai kerjasama dan kesabaran Amrul terhadap kerjayanya dan komitmen perkahwinan mereka tanpa sebarang rungutan.“Buat suami tersayang. Terima kasih sebab sangat sporting sepanjang perjalanan persiapan perkahwinan kita. Saya tahu semuanya agak hectic, penat dan kadang-kadang overwhelming tetapi awak tak pernah merungut apetah lagi nak bertekak dengan saya. Awak cuma follow the flow dan sokong dengan apa sahaja keluarga dan saya rancangkan.“Saya hargai sangat awak sertai saya buat content, macam dah biasa buat. Terima kasih sebab tak pernah buat saya rasa bersalah dengan kerja dan minat yang saya buat.“Terima kasih sebab kekal cool dan sabar melayani berjam-jam sesi video dan photoshoot saya. Dari satu angle ke satu angle lain, dari satu video ke satu video lain, awak tetap layan. Terima kasih,”tulisnya.Dalam masa sama, Dr Fie turut menghargai kejutan istimewa Amrul yang dianggap sebagai momen bermakna buat dirinya.“Dan paling saya hargai, terima kasih sebab beri kejutan momen manis, awak twirl baju kahwin saya yang cantik itu. Nampak macam simple tetapi momen itu sangat bermakna. Perkara kecil yang buatkan segalanya nampak istimewa.“Saya tahu bukan mudah nak melayan segala kerenah dan idea saya sepanjang persiapan ini. Namun, awak buat setiap perjalanan ini lebih manis. Terima kasih sebab jadi sokongan terbesar saya, pasangan saya dalam setiap pengambaran dan sekarang, sebagai suami. Saya sayang awak,”ujarnya.Sekadar info, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama Nubhan pada Ogos 2015 sebelum mereka disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaity Aafiya,9, Ahmad Aafan,7 dan Afzan Nayille,4 tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved