
Usahawan dan personaliti media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis perkahwinannya berlangsung.Menerusi video pendek yang dikongsi di Threads @thekhulafastudio, Dr Fie berkata dia berharap agar semua tetamu yang hadir berasa selesa dan tidak berkecil hati sekiranya terdapat perkara yang tidak dapat dipenuhi sepanjang majlis berkenaan“Doakan semoga majlis dipermudahkan, semoga tak ada terasa hati, ada yang tak cukup makan ke kan.“Semoga berjaya dengan lancar dan apa-apa pun kita nak cakap minta maaf dulu kalau ada yang terkurang.“Jika ada apa-apa seperti tetamu yang tidak dapat bergambar dengan saya ke, minta maaf banyak-banyak,” maklumnya.Mengulas mengenai perkahwinannya, Dr Fie berkata, dia berharap agar orang ramai dapat kebahagiaannya bersama jejaka pilihannya, Kapten Amrul Nizar Anuar.“Doakan saya kebahagiaan kali ini hingga ke Jannah,” ujarnya ringkas.Terdahulu, pasangan yang sama cantik sama pandan berbusana putih itu selamat diijabkabulkan pada jam 10 pagi Ahad dengan sekali lafaz.Dr Fie menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama Nubhan pada Ogos 2015 sebelum mereka disahkan bercerai talak dua pada Disember tahun lalu.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.Sumber: @thekhulafastudio






