“Awak tu dah berumur, sedarlah diri” – Bojan Hodak ‘Sound’ Cristiano Ronaldo

Entertainment
16 Dec 2022 • 12:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengendali KL City, Bojan Hodak baru-baru ini meninggalkan ‘pesanan’ buat pemain tonggak Portugal, Cristiano Ronaldo.

Menurut laporan yang ditulis oleh NST, jurulatih yang dikatakan terbaik di Asia tersebut memberikan sedikit teguran kepada pemain bintang tersebut selepas skuad Portugal terkeluar daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022.

Tambah Hodak lagi, Ronaldo mempunyai masalah psikologikal yang mana dia tidak mahu mengaku yang dia bukan lagi pemain terbaik.

“Jangan ego, jadilah humble”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nenad Baćina (@nenadbacina)

Menurut Hodak, bola sepak adalah sukan berpasukan dan sebagai seorang yang sudah berusia 37 tahun, ianya sesuatu yang sukar (untuk bersaing) dan bermain seperti mana dia lakukan pada usia 20-an dahulu

Selain itu, pengendali yang berasal dari Croatia tersebut sempat membandingkan Ronaldo dengan Luka Modric yang mana kedua-duanya sebaya namun Modric dikatakan sedang melakukan ‘tugasnya’ dengan baik bersama Real Madrid dan Croatia sebagai pemain tengah.

image is not available

Tambah Hodak lagi, Modric sedar bahawa umurnya kian meningkat, jadi apa yang dilakukannya ialah mengubah cara permainannya supaya lebih mudah dan bermain mengikut kelajuannya sendiri.

Berbanding Ronaldo yang merupakan seorang penyerang, pastinya permintaan (kelab) dan peminat adalah tinggi. Seorang penyerang dinilai dari jumlah jaringan yang dibuat dan masalah yang dialami Ronaldo adalah dia tidak lagi mengejar bola.

Para pemain pertahanan dengan mudah dapat mempertahankan kawasan mereka daripada Ronaldo kerana dia sudah tidak selincah dahulu walaupun seringkali berada di kawasan penalti lawan.

image is not available

Pun begitu, Hodak turut mengatakan bahawa reaksi Ronaldo ketika melakukan serangan dikatakan sangat lambat dan dia sebenarnya dah hilang kelajuannya selain menjelaskan bahawa pemain tersebut tidak lagi mampu bermain selama 90 minit.

“Dia patut terima yang dia hanya akan bermain sekitar 20 minit terakhir perlawanan”

Hodak turut menjelaskan bahawa pasukan Portugal berada dalam prestasi terbaik tanpa Ronaldo dan agak mengecewakan apabila pasukan berkenaan tidak dapat pergi lebih jauh dalam saingan Piala Dunia 2022.

Untuk rekod, Ronaldo ketika ini tidak mempunyai sebarang kelab setelah disingkirkan oleh Manchester United selepas mengkritik pengurus pasukan, pemain serta pengurusan sebelum berlangsungnya Piala Dunia.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved