Awalnya Hanya Sanitizer, Annur Kini Perkenal Rangkaian Produk Kosmetik & Skincare

Beauty
13 Jun 2023 • 6:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bercakap mengenai penjagaan kulit wajah, semuanya pasti impikan kulit yang flawless dan bebas daripada sebarang masalah kulit. Disebabkan itu, ramai sanggup habis sejumlah wang yang besar untuk mendapat kulit wajah yang lebih berseri dan sihat.

Namun, tak ramai yang tahu sama ada kosmetik atau pilihan produk yang ingin digunakan mengandungi bahan kimia berbahaya atau tidak.

image is not available

Untuk itu, kami nak kongsikan antara produk yang mesti korang cuba kalau nak tampil berseri dan lebih yakin. Yang penting, bahan yang digunakan, terdiri daripada bahan asli tau!

Produk Annur 100% bahan asli berkualiti dan mesra kulit

Untuk pengetahuan korang, jenama Annur sememangnya dikenali dengan produk scented hand sanitizer iaitu cecair pembersih tangan yang hadir dengan wangian yang menyegarkan serta mesra kulit.

Tidak hanya sanitizer, Annur kini memperluaskan rangkaian produk mereka dengan memperkenalkan beberapa produk skincare dan kosmetik hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh pakar-pakar daripada dua buah Universiti Malaysia yang terkemuka bagi menjamin kesihatan kulit.

Paling penting, produk-produk ini berunsurkan bahan asli berkualiti dan mesra kulit.

Ini antara produk kosmetik dan skincare yang dikeluarkan Annur:

Gentle Deep Cleanser: Dapat menghilangkan masalah kulit kusam, jerawat dan jeragat. Kelebihan pembersih muka ini menggunakan formulasi tiada buih untuk menghilangkan kotoran dan pori-pori. Ia sesuai digunakan sebagai makeup remover atau cleansing balm.

image is not available

image is not available

Revitalizing Toner: Membantu merawat kulit bermasalah seperti jerawat (mengering atau mengecutkan jerawat), merawat kulit sensitif seperti sunburn atau alahan pada kulit.

image is not available

Deep Serum: Mempunyai tekstur lightweight dan water based serta mengandungi retinol yang sesuai untuk semua kulit. Boleh mengecutkan pori, menghilangkan kedut muka dan meningkatkan collagen pada kulit muka.

image is not available

Day cream: Day cream Annur membantu melembapkan kulit untuk waktu siang. Nampak kulit lebih segar dan sihat!

image is not available

Night cream: Pada waktu malam, kulit bertindak memperbaiki kerosakan dan untuk penjanaan semula sel. Jadi, night cream membantu melembapkan kulit pada waktu malam dan juga boleh dijadikan sebagai sleeping mask.

image is not available

Bila dah buat penjagaan wajah, takkan nak biarkan badan berbau pula? Salah satu cara menjaga kebersihan diri adalah dengan memakai deodorant.

Deodorant Annur 30GM & 75GM: Seramai 98% pengguna produk deodorant mengatakan ia telah mengurangkan bau ketiak serta masalah bau badan, mengandungi fragrance boleh tahan sehingga 12 jam serta tidak meninggalkan kesan kuning pada baju.

image is not available

image is not available

Annur liquid lipstick: Bibir korang kering sampai merekah dan mengganggu aktiviti seharian seperti senyum, makan dan bercakap? Jangan risau, masalah tu boleh selesai bila korang gunakan ini, yang boleh melembapkan bibir.

Ia diperbuat daripada bahan asli tempatan dan selamat digunakan seperti mango butter, manakala warnanya pula daripada beetroot dan kulit kayu manis. Ada 4 varian warna yang menginspirasi daripada nama bandaraya terkenal iaitu Marrakesh, Dubai, New York dan Seoul.

image is not available

Jika korang mempunyai masalah jerawat di muka atau apa sahaja masalah kulit wajah, rangkaian produk Annur ini adalah pilihan tepat untuk merawat kulit wajah supaya kelihatan berseri dan yang penting produk ini tidak mengandungi bahan kimia serta mesra kulit!

Untuk korang yang ingin dapatkan produk Annur ini, boleh dapatkan di kedai mereka di Publika Shopping Gallery atau belian secara online di Shopee atau layari laman rasmi Annur untuk maklumat lanjut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.