"Awas, Jangan Sampai Tersalah Beli!" - Ini Dia Senarai Brand Kurma Yang Ditanam Di Israel

Food
22 Feb 2024 • 8:16 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Memandangkan bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, pasti ramai umat Islam sedang membuat persiapan bagi menyambut bulan yang mulia itu. Selalunya, apabila menjelang Ramadan, golongan ibu ayah akan membeli kurma yang merupakan pilihan utama dalam juadah berbuka dan sahur.

Namun, ada perkara yang perlu diperhatikan berkait dengan sumber kurma yang menjadi makanan utama selama bulan Ramadan. Mungkin ramai yang tidak ambil peduli. Tetapi tahukah anda Israel adalah negara kedua eskport kurma terbesar di dunia?

Berdasarkan laporan dari Statista, Israel memiliki telaga pasaran global kurma yang besar selepas Arab Saudi dengan nilai eksport kurma terbesar di dunia, mencapai lebih dari $317 juta.

Selain memboikot produk dan jenama yang menyokong Israel, pengetahuan tentang kurma dari Israel juga perlu diambil tahu. Ini ditambah lagi apabila Israel telah mengeluarkan arahan untuk menghadkan rakyat Palestin menggunakan Masjdi Al-Aqsa.

Makanya, beberapa syarikat pengeksport kurma dari Israel, seperti Hadiclaim, Mehadrin, Agrexco, Arava, Edom, dan MTex adalah antara jenama keluaran Zionis yang wajib dihindari.

Di platform X juga terdapat beberapa individu yang berkongsi tentang jenama dari Israel yang perlu dielakkan.

— eL & gebushop ???? #BBB?✨ (@eLjerla) February 8, 2024

 

— Shabina (@ketengahketepi) February 20, 2024

Palestine Campaign, melalui laporan yang dikeluarkan pada Isnin lalu menekankan pentingnya kesedaran dalam memilih kurma yang dibeli selama Ramadan.

Selain daripada senarai di atas, bagaimana untuk kita tahu jika sesebuah jenama itu dari Israel? Palestine Campaign ada memberikan empat langkah yang dapat diambil oleh umat Islam di seluruh dunia.

Antaranya adalah periksa label saat membeli kurma untuk memastikan ia tidak dibungkus di Israel atau di wilayah Tebing Barat serta periksa label karena sebagian besar ditanam di Israel atau wilayah terlarang Israel di tanah Palestin.

 

Sumber: X & The Vocket

Destination: Malaysia