
Hujung minggu lalu, pendakwah bebas penuh kontroversi Da’i Syed dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan, Hana Ismail yang juga personaliti TV di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.
Berikutan itu, ramai peminat dan juga rakan artis yang berpusu-pusu mengucapkan tahniah buat pasangan mempelai itu di atas hari berbahagia mereka berdua.
View this post on Instagram
Tidak ketinggalan, rakan baik Da’i Syed, usahawan kosmetik Joy Revfa juga tidak ketinggalan memberi doa dan ucapan tahniah buat pasangan itu.
Malah, Joy juga sempat berseloroh meminta Da’i Syed mencarikan bakal suami untuk dirinya.
Awww sweet sangat! Da’i Syed, sila cari jodoh Kak Joy pulak eh.
Sekadar info tambahan, Joy Revfa pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi lagu nasyid, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 namun hanya bertahan selama beberapa bulan sebelum bercerai empat bulan kemudian.
Joy sebelum itu pernah bernikah dan memiliki seorang anak lelaki yang kini berusia 8 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
(VIDEO) Diana Danielle Menari Di TikTok, Netizen Puji Badan Macam Anak Dara - "Jealousnya Body Herlokkss"
The post “Awww Sweet Sangat!” – Masih ‘Single’, Joy Revfa Minta Da’i Syed Carikan Bakal Suami Untuk Dirinya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

