Da’i Syed Dan Hana Ismail Nikah Hari Ini

3 Dec 2022 • 5:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tahniah, Da’i Syed dan Hana Ismail! - Tangkapan layar siaran langsung YouTube

Khabar gembira didengar tentang penceramah selebriti, Da’i Syed dengan pengacara TV Al-Hijrah, Hana Ismail. 

Sumber memberitahu Getaran bahawa pasangan yang sudah bertunang itu bernikah pada hari ini. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung siang tadi.

Sebelum itu, majlis pertunangan pasangan telah diadakan pada 23 Oktober lalu di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru. 

Namun, berita mengenai pertunangan mereka telah dikongsikan oleh penerbit dan pelakon, Datin Paduka Umie Aida menerusi Instagramnya. 

Perkenalan di antara Dai Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad dengan Hana berlaku dalam tempoh waktu yang singkat selepas mereka bertembung di sebuah majlis. – Getaran, 3 Disember 2022