Ayah ada di rumah sedang berehat – Anak Abdul Azeez

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 5:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ayah ada di rumah sedang berehat – Anak Abdul Azeez

PETALING JAYA – Anak bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial bahawa bapanya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.

Mohamed Khairul Azman dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, bapanya berada di rumah dan sedang berehat.

Kenyataan lelaki itu sekali gus menyangkal laporan tidak sahih berhubung penahanan pemimpin politik berkenaan berkaitan isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

“Untuk mereka yang bertanyakan khabar, saya mengucapkan terima kasih dan untuk makluman, ayah saya (Abdul Azeez) masih di rumah sedang berehat.

“Semoga segala-galanya dipermudah dan apa jua bentuk siasatan dijalankan dengan penuh integriti,” katanya. – Bernama

The post Ayah ada di rumah sedang berehat – Anak Abdul Azeez appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved