Abdul Azeez tidak ditahan SPRM – Anak

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 12:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Abdul Azeez tidak ditahan SPRM – Anak
Abdul Azeez

KUALA LUMPUR - Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi.

Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez menerusi satu hantaran di Facebook hari ini memaklumkan bapanya kini berada di kediaman mereka dan sedang berehat, sekali gus menyangkal laporan tidak sahih berhubung penahanan berkaitan isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

"Untuk mereka yang bertanyakan khabar saya ucapkan terima kasih banyak dan untuk makluman, ayah saya masih di rumah sedang berehat. Semoga segalanya dipermudah dan apa jua bentuk siasatan dijalankan dengan penuh integriti, adil dan telus,” katanya.

Khabar angin mengenai penahanan Abdul Azeez yang juga bekas pengerusi Tabung Haji itu mula tersebar luas di beberapa platform media sosial, sejak lewat malam tadi.

Abdul Azeez sebelum ini dilaporkan menyatakan kesediaan beliau untuk memberi kerjasama penuh, sekiranya disiasat berhubung Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lepas

Selasa lepas, satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membolehkan laporan berkenaan dibentang dan dibahaskan oleh Ahli Dewan Rakyat.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved