Anak nafi Azeez Rahim ditahan SPRM

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 1:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anak nafi Azeez Rahim ditahan SPRM

PETALING JAYA: Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan bapanya itu ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi.

Menurut Mohamed Khairul Azman, bapanya itu kini sedang berehat dan berada di rumah sekali gus menyangkal laporan penahanan bapanya berkaitan isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

“Untuk mereka yang bertanyakan khabar saya ucapkan terima kasih banyak dan untuk makluman, ayah saya masih di rumah sedang berehat.

“Semoga segalanya dipermudah dan apa jua bentuk siasatan dijalankan dengan penuh integriti, adil dan telus,” katanya menerusi hantara di Facebook.

Khabar angin mengenai penahanan Abdul Azeez yang juga bekas pengerusi Tabung Haji itu mula tersebar luas di beberapa platform media sosial, sejak lewat malam tadi.

Abdul Azeez sebelum ini dilaporkan menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama penuh, sekiranya disiasat berhubung Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lepas.

Selasa lalu, satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membolehkan laporan berkenaan dibentang dan dibahaskan oleh Ahli Dewan Rakyat. – UTUSAN

The post Anak nafi Azeez Rahim ditahan SPRM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved