“Ayah rindukan kamu” – Luahan Kamal Adli Terhadap Hawra Undang Sebak

EntertainmentFamily & Parenting
26 Dec 2025 • 5:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Jika dilihat di Threads sekarang, pelakon Kamal Adli begitu aktif dengan telatahnya dan ia membuatkan ramai netizen tertumpu kepadanya kerana sering terhibur.

Namun begitu, baru-baru ini ada satu luahan ringkas pelakon itu yang sarat dengan mesej rasa rindu seorang bapa terhadap anaknya yang bernama Hawra Uqaira.

Ayah rindu sangat dengan kamu nak – Kamal Adli

Dalam perkongsian itu,  Kamal melampirkan video menunjukkan detik dia bersama anak perempuannya itu sedang bersenda dan bergurau ketawa.

 

View on Threads

 

Melihat video tersebut rata-rata netizen tak mampu menahan rasa sebak dan ada juga yang kongsikan pengalaman peribadi membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Malah, ramai juga netizen yang memberikan sokongan moral buat Kamal untuk sentiasa kuat dalam menghadapi dugaan.

 

image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, Uqasha telah memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dengan alasan tiada lagi persefahaman selain mengakui tidak sebumbung.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, 19 bulan.

Sumber : Threads, Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.