Ayah Titip Pesanan Suara Pada Anak Sebelum Tunaikan Umrah Buat Ramai Sebak [Video]

4 Mar 2025 • 11:44 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Umrah dan haji merupakan ibadah yang perlu dilakukan oleh mana-mana individu yang berkemampuan serta memenuhi syarat yang ditetapkan. Malah hukumnya wajib dan turut berada dalam lima rukun Islam.

Bagi mereka yang bakal atau sedang menjalani ibadah ini pastinya berasa teruja kerana ia merupakan salah satu perkara yang sudah lama diidamkan.

Namun dalam keseronokan itu, tentu sahaja ada ahli keluarga yang bimbang dengan keadaan para jemaah serta sentiasa ingin menanti perkabaran daripada mereka.

Ayah beri pesanan pada anak sebelum buat umrah buat raih perhatian

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang anak lelaki ini apabila dia sentiasa bertanya mengenai keadaan ayah yang sedang menunaikan umrah di Tanah Suci. 

Menerusi video yang dikongsikan oleh @kimqnt di TikTok, awalnya kelihatan si ayah menghantar gambarnya yang dipercayai berada di Madinah. 

Si anak yang bimbang mengenai ayahnya kemudian bertanya bilakah dia akan ke Mekah untuk melakukan ibadah umrah. 

Maklumkan dalam perjalanan nak ke Mekah untuk buat umrah

Ayah kemudian membalas pertanyaan tersebut dengan satu pesanan suara untuk menjawab pertanyaan itu. 

“Assalammualaikum dik, adik jangan telefon ayah dah, jangan mesej ayah ni. Hari ni ayah nak pergi ke Mekah. 

“Ayah nak pergi Mekah, nak naik bas. Lebih kurang dalam pukul 10 malam kejap lagi baru sampai. Adik jangan telefon ayah dah, ayah nak buat umrah. 

“Assalamualaikum dik, belajar pandai-pandai dik,” kata ayahnya. 

Siap pesan untuk anak belajar pandai-pandai

Malah di akhir pesanan itu kedengaran nada suara si ayah seperti sedang menahan sebak. 

Si anak turut meminta ayahnya untuk mendoakan mereka sekeluarga yang berada di tanah air serta menunggu kepulangan individu tersayang tersebut. 

Ramai sedih dengar pesanan ayah untuk anaknya

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak mendengar pesanan dari ayah lelaki berkenaan khususnya apabila kedengaran dia seperti menahan diri dari menangis. 

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman turut merasai perkara sama seperti lelaki berkenaan sewaktu ibu bapa mereka berada di Tanah Suci.

Dalam masa sama, ramai juga yang mendoakan segala urusan ayah kepada lelaki tersebut dipermudahkan sepanjang menjalani ibadah umrah. 

“Suara ayah last tu 🥹🥹”

image is not available

“Semoga Allah permudahkan urusan pakcik dan dapat umrah yang mabrur.”

image is not available

“Sebaknya, faham sangat perasaan tertanya-tanya pasal ayah dekat sana kan. Semoga ayah selamat pergi dan balik dari umrah”

image is not available