
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum sedia maklum, ibadah puasa adalah satu kewajipan buat setiap umat Islam setiap kali menjelangnya bulan Ramadan melainkan atas sebab tertentu sebagai contoh wanita datang haid atau nifas, bermusafir, sakit dan sebagainya.
Namun begitu masih ada di kalangan para Muslim yang sihat walafiat bertindak ponteng puasa. Seperti sebelum ini, seorang peniaga telah menyimpan satu tong bungkusan air teh ‘o’ ais yang diletakkan di dalam bilik dipenuhi dengan pakaian.
Difahamkan, minuman tersebut adalah buat mereka yang mengelat berpuasa. Bukan itu sahaja, masih ada juga lelaki Muslim yang makan secara terang-terangan di premis makanan.
Baca Artikel Berkaitan: Jijik! Peniaga Sorok Lauk & Nasi Untuk Kaki Ponteng Puasa Dalam Tandas [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Bolehkah Pesakit Gastrik Tidak Berpuasa? Ini Penjelasan UAI
Baca Artikel Berkaitan: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda
Muslim Makan Secara Terbuka Ketika Ramadan Adalah Satu Kesalahan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila peguam, Gandhi Palanisamy (@lawyerghandi) berkongsi tentang segmen khas yang dilakukan olehnya sempena bulan Ramadan ini iaitu ’30 Hari 30 Info Undang-undang’.
Maklumat pertama yang dikongsikan oleh peguam itu adalah undang-undang bagi Muslim yang tidak berpuasa di bulan Ramadan. Menurut beliau, umat Islam yang makan secara sengaja dan di tempat awam boleh dikenakan hukuman denda dan penjara mengikut undang-undang syariah negeri masing-masing.
Jelas Lawyer Gandhi, negeri Pahang mengenakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.
Manakala di Kelantan pula, denda boleh dikenakan sebanyak RM2,000 dan/atau penjara sehingga dua tahun kepada mereka yang tidak berpuasa secara terang-terangan.
Berikut kami kongsikan hukuman denda dan penjara di negeri lain:
- Selangor: Denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
- Johor: Denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
- Perlis: Denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
- Pulau Pinang: Denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
- Kedah: Denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
- Negeri Sembilan: Denda tidak melebihi RM500 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.
- Terengganu: Denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
- Melaka: Denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
- Sarawak: Denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
“Jadi kepada geng plastik hitam, hati-hati dan jangan ponteng puasa,” kata beliau.
Lawyer Ghandi dalam masa sama mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam.
@lawyergandhi Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua umat Islam! 🌙 Tahukah anda, makan secara terbuka di bulan Ramadan bagi Muslim boleh menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang syariah negeri masing-masing? Semak hukuman dan denda yang diperuntukkan di negeri anda supaya tidak melanggar undang-undang. #lawyergandhi #ramadankareem #InfoUndangUndang #30hari30infoundang2 ♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Hukuman Tak Berpuasa Secara Terang-terangan
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian Lawyer Ghandi ini telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Sesetengah individu berasa hairan dengan sikap masyarakat yang malas untuk berpuasa.
“Aku pelik jantan-jantan yang tak nak puasa. Orang perempuan kalau boleh nak puasa penuh. Alasan masing-masing kerja berat,” kata seorang wanita.
Malah, ramai juga warganet yang mempersoalkan individu yang sesuka hati melanggar perintah Allah SWT.
“Hukum Allah pun diorang tak takut, apatah lagi undang-undang dunia. Nak puasa seribu dalih, tak nak puasa sejuta alasan, itulah manusia,” ujar seorang pengguna TikTok.










Hukum Orang Uzur Makan Secara Terbuka Semasa Bulan Ramadan
Para ulama berpendapat bahawa hukum seseorang yang ada keuzuran untuk tidak berpuasa makan di siang hari bulan Ramadan adalah diharuskan.
Namun begitu, dia hanya boleh makan dan minum di tempat yang sunyi dari penglihatan orang ramai bagi menjaga dan memelihara diri kita dari fitnah serta serta menyelamatkan orang ramai dari sangkaan buruk sehingga mendatangkan dosa.

Sumber: Tripadvisor
Kecuali dalam keadaan jika orang sekelilingnya mengetahui keadaan uzurnya yang dibenarkan oleh syara’ untuk tidak berpuasa.
Manakala jika dia makan di hadapan orang lain, sedangkan mereka tidak mengetahui keadaannya, maka tidak sepatutnya dia makan dan minum di hadapan mereka. Bahkan wajib bagi dia menyembunyikannya supaya dia tidak dituduh melakukan kejahatan.
Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Orang Yang Tidak Berpuasa Makan Di Tempat Awam? Ini Jawapan Dr Zulkifli
Source:


![“Bahagia Sebenar”- Keluarga Datang Berbuka Dengan Pengawal Di Sekolah Buat Ramai Terharu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
![Pemuda Dapat Kembali Bantal Busuk Yang Hilang Sebagai Hadiah Hari Jadi Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
