“Ayam besar, bekas cantik!” – Netizen Berpusu-pusu ‘Order’ Nasi Ayam RM26 Mama Tini!

8 Jun 2026 • 5:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 12

Sebut sahaja menu Nasi Ayam, pasti ramai terbayang hidangan ringkas. Namun, hantaran video Noor Kartini yang merupakan ibu kepada usahawan selebriti Neelofa memaparkan proses penyediaan Nasi Ayam Mama Tini mula mencuri perhatian netizen hingga ada yang sanggup queue giliran demi mencubanya.

Walau ada yang mempersoalkan harga RM26 sekotak, rata-rata netizen mula ‘jatuh hati’ selepas melihat kualiti premium hidangan yang disediakan menerusi video tular.

Melalui perkongsian video tersebut, hidangan ini dibungkus menggunakan bekas plastik lutsinar berkualiti tinggi yang mempunyai pembahagi khas (compartment). Setiap komponen diasingkan dengan sangat rapi, lengkap bersama sos kicap dan sambal cili di dalam bekas mini sebelum ditampal stiker rasmi “Nasi Ayam Mama Tini”.

Guna Beras Basmati, Ayam Saiz ‘Gergasi’

Apa yang membuatkan netizen terliur adalah penggunaan beras Basmati berkualiti tinggi yang dimasak wangi. Paling mencuri tumpuan sudah pastinya saiz paha ayam penuh (chicken whole leg) yang dibakar garing berwarna keemasan, lengkap bersama sup, hirisan timun, dan daun salad segar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju harga RM26 sangat berbaloi dengan saiz hidangan premium dan kekemasan pembungkusan air tangan ibu selebriti terkenal ini.

cats 11

Melihat susunan nasi ayam yang sedang disediakan, jelas menu ini mendapat permintaan luar biasa oleh pengikutnya.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.